12th March 2026

Bazar Ramadhan Santai Usaha Sama BTP & MPS Cipta Sejarah Bazar Terpanjang Di Selangor


RAWANG, 12 MAC 2026 - Bazar Ramadhan Santai Usaha Sama Bandar Tasik Puteri (BTP) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mencatatkan sejarah sebagai bazar Ramadhan terpanjang di Selangor, dengan penyertaan seramai 320 peniaga tempatan, sekali gus menjadikannya antara tarikan utama kepada pengunjung di kawasan tersebut sepanjang bulan Ramadhan.

Suasana orang ramai berbuka puasa di ruang makan berkonsepkan “healing”

Pemandangan Bazar Ramadan BTP menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat


Penganjuran bazar ini merupakan sebahagian daripada usaha merealisasikan Pelan Strategik Pengurusan dan Pemerkasaan Penjaja Kecil MPS 2026–2030, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan penjaja kecil melalui penyediaan ruang perniagaan yang lebih teratur dan berdaya saing.

Menariknya, bazar ini turut mengetengahkan konsep santai atau “healing”, dengan penyediaan pelbagai kemudahan seperti ruang makan yang selesa, tempat solat serta kemudahan lain bagi memastikan pengunjung dan peniaga dapat menikmati suasana Ramadhan dengan lebih selesa dan teratur.
 

Suasana orang ramai berbuka puasa di ruang makan berkonsepkan “healing”

Suasana orang ramai berbuka puasa di ruang makan berkonsepkan “healing”


Penganjuran bazar melalui usaha sama pemaju Low Yat Group dan MPS ini turut mendapat kerjasama, tajaan dan sokongan daripada rakan-rakan strategik, iaitu PLATS Selangor, Bank Islam Malaysia Berhad, JKP Zon 18 MPS, serta Bigfoot Festival selaku pengelola bazar. 

Dari kiri, Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis Zon 12 MPS

Dari kiri, Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis Zon 12 MPS; Encik Norman Awang, Pemangku Pengarah Jabatan Deposit dan Kad, Bank Islam Malaysia Berhad; YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Tuan Low Gee Soon, Pengarah Urusan Low Yat Group; YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang; dan Tuan Andrew Goh, Pengurus Besar Pembangunan Hartanah Bandar Tasik Puteri, Low Yat Group


Secara keseluruhannya, penganjuran ini diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat, merancakkan aktiviti ekonomi penjaja kecil serta mewujudkan pengalaman berbuka puasa yang lebih selesa dan bermakna kepada masyarakat.
 

btp
penRegister